Kelas Asas Ict Ms. Word
8 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2019, seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada golongan umur 7 tahun hingga 13 tahun telah menyertai Kelas Asas ICT Ms. Word. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis.
Sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet. Setelah itu, kelas diteruskan dengan pengenalan Ms. Word iaitu kepentingan dan fungsi kegunaannya.
Peserta di ajar cara menaip seperti menukar saiz dan kepelbagaian jenis font. Mereka diberi modul dan dikehendaki menaipnya semula menggunakan Ms. Word. Segelintir daripada mereka sudah biasa menggunakan Ms. Word kerana sebelum ini pernah menyertai Kelas Asas ICT. Mereka menyertai kelas ini adalah sebagai ulangkaji agar sentiasa ingat cara menggunakan Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: